BEIJING: Seorang lelaki warga China berusia 30-an meninggal dunia selepas tiga hari tidak tidur dan hanya menjamah sedikit makanan kerana asyik bermain permainan komputer di kafe internet di luar Beijing, lapor media kerajaan semalam.
Menurut penyelidik :Insiden itu menjadi contoh dalam kempen kerajaan untuk memerangi ketagihan internet yang melanda jutaan rakyat China.
Lelaki itu jatuh dan koma di dalam siber café itu sebelum dikejarkan ke klinik berdekatan kafe yang terletak di pinggir ibu negara itu. Beliau kemudian meninggal dunia, lapor Beijing Times.
Beliau tidak meninggalkan komputernya selama tiga hari dan menghabiskan lebih 10,000 yuan (RM4,629) sejak beberapa bulan lalu untuk bermain permainan komputer
Polis merampas beberapa komputer sebagai sebahagian penyiasatan tetapi menolak kaitan pembunuhan dan sehingga kini tidak menahan pemilik kafe internet yang hanya memiliki enam terminal komputer
tu dia, fanatik betui ni sampai 3 hari tak berenti men komputer, kedai tu tak tutup ka? kita ni pun setiap sejam kena break 5 minit untuk kesihatan mata...pi tengok benda2 hijau, pasti mai sambung balik...
ReplyDeletekalau main selama 12 jam tak berehat pun dah boleh putus urat belakang leher
ReplyDelete