Tuesday, March 29, 2011

Anwar dijulang bagaikan wira


Terima kasih pada ‘hero malaya’ Datuk Johari Abdul yang jujur, tulus mulus berani tampil mempertahankan bahawa ‘Anwar bukan orangnya dalam video sex yang popular seminggu lalu. Video yang beritanya hit sedunia itu menjadikan Anwar semakan popular. Silap besar la producernya . Memang silap besar. Perancangan yang kantoi.

Malam tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disambut bagaikan wira dalam ceramah dan solat hajat Pakatan Rakyat yang dihadiri berpuluh ribu penyokong dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Yang uniknya hampir semua pemimpin kanan Pakatan hadir, termasuklah Murysidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Seri Abdul Hadi Awang , Penasihat DAP Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan exconya.

Anwar menyifatkan dakwaan terhadapnya dan isu-isu baru itu sebagai langkah terakhir parti lawan bagi menghalang kemaraan Pakatan untuk menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

Beliau meminta penyokongnya menumpukan kepada perjuangan mereka melalui 'Buku Jingga' dengan mengutamakan isu tata-kelola pentadbiran negara supaya berjalan betul.

Dalam ceramah di Stadium Melawati, Shah Alam itu, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik menjadi sasaran serangan balas Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, tiga parti dalam Pakatan - PKR, DAP dan PAS - sudah selesai dalam pembahagian kerusi. Beliau mahu usaha menumbangkan BN dan menamatkan pentadbiran Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud selama 30 tahun itu dilipatgandakan. Pilihanraya negeri itu akan diadakan pada 16 April depan.

Dalam kaji selidik blogger berkenaan “liwat 11’ bebaru ini, lebih kurang 70% tidak percaya yang Anwar melakukannya. Yang percaya pun hanya orang umno. Tetapi apabila muncul video porno ini menjadikan 110% orang tidak percaya lagi dengan umno. Bahkan ramai orang yang maki hamun terhadap producer itu. Rakyat juga heran mengapa polis lambat menyelesaikan isu ini. Menjadikannya 150% orang kata bahawa liwat itu tidak pernah berlaku.

Dalam ceramah sebelumnya Lim Kit Siang yang juga anggota parlimen Ipoh Timur mencadangkan diadakan persidangan meja bulat melibatkan keanggotaan pelbagai parti, termasuk BN, NGO dan tokoh semua agama membincangkan isu berkenaan.

Tambahnya lagi "Bagaimanapun, langkah pertama hendaklah tangkap Datuk T dan bawa ke muka pengadilan terlebih dahulu " .

No comments:

Post a Comment