Saturday, March 12, 2011

Kemusnahan Besar Akibat Tsunami


Tokyo – Angka korban Tsunami Jepun mungkin mencecah lebih dari 1000 orang. Demikian lapor berita Kyodo

Kira-kira 3,000 penduduk yang tinggal berdekatan loji nuklear di Wilayah Fukushima, utara Tokyo dipindahkan daripada kawasan tersebut.
Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik.

Kerajaan menyatakan tiada berlaku kebocoran di loji berkenaan namun tahap radiasi semakin meningkat.
Kyodo melaporkan, sebuah hotel di bandaraya Sendai runtuh, menimbulkan kebimbangan ramai penghuni mungkin terperangkap.

Daerah pantai timur pulau Honshu, Jepun utara, mengalami kemusnahan teruk , dimana gelombang air raksasa memusnahkan lebih dari 3,000 rumah, demikian laporan dari AFP.

Polis Kebangsaan Jepun mengatakan, 137 orang dipastikan terbunuh manakala 531 orang hilang, sementara dalam kejadian lain polis di Sendai, Prefektur Miyagi, melaporkan 200-300 mayat telah ditemuikan di kawasan pantai.

Dikhuatiri angka kematian adalah lebih besar lagi apabila sebuah kapal dengan 100 penumpang telah dihanyutkan tsunami, dua kereta-api hilang, dan sebuah benteng penahan banjir telah musnah menyebabkan rumah-rumah dihanyut air.

Kementerian pertahanan mengatakan,kira-kira 1,800 rumah di Minamisoma, Prefektur Fukushima, musnah ,  Syarikat gergasi elektronik Jepun,   di Sendai Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku.

Bank of Japan yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan pasaran kewangan terus stabil, ketika pasaran saham dan nilai yen jatuh .

Di kota kecil Ofunato ke arah utara lagi, 300 rumah dilaporkan roboh dan dihanyutkan gelombang air.

Badan yang menguruskan Bencana dan Kebakaran Jepun melaporkan lebih dari 180 kebakaran terjadi di sekitar Tokyo dan di Iwate, Miyagi, Akita dan Fukushima.
Inilah gempa bumi yang terkuat dalam sejarah Jepun sejak 140 lalu.

Sumber Malaysiakini, Reuter NHK TV

2 comments: