sebuah kilang di bandar Sukugawa, utara Jepun runtuh |
Rumah-rumah yang terbakar |
Gegaran itu melanda persisiran timur laut Jepun, kira-kira jam 3.46 petang semalam (waktu Malaysia) dan diikuti dengan sekurang-kurangnya 50 gempa susulan dengan kekuatan sehingga 7.1 pada skala Ritcher.
Sehingga jam 11.00 malam semalam, 300 orang dilaporkan terkorban dan lebih 4.4 juta rumah terputus bekalan elektrik.
Gempa bumi luar biasa yang berlaku 10 kilometer di dasar laut itu dapat dirasai sehingga di Beijing, China.
Lapangan Terbang Sendai tenggelam |
Bencana itu menyebabkan Lapangan Terbang Narita di Tokyo, Lapangan Terbang Sendai dan beberapa lebuh raya ditutup selepas kejadian itu.
Semua pelabuhan di Jepun ditutup dan operasi dihentikan tetapi Bursa Saham Tokyo diumumkan akan dibuka seperti biasa, Isnin depan.
Sekurang-kurangnya 54 negara lain termasuk negara Pasifik mengeluarkan amaran tsunami sejurus gempa melanda Jepun.
Loji nuklear di negara itu dilaporkan ditutup secara automatik dengan selamat tanpa sebarang kebocoran radiasi dilaporkan.
Selain Jepun, kepulauan Hawaii di Amerika Syarikat turut dilanda tsunami akibat kesan daripada gempa bumi di Jepun, awal pagi semalam.
Di Filipina, kerajaan negara itu mengarahkan 20 kawasan persisiran pantai dikosongkan selepas amaran tsunami dikeluarkan.
Di Rusia, lebih 11,000 penduduk yang tinggal di kawasan berbahaya dipindahkan selepas amaran tsunami dikeluarkan di Pulau Kuril.
Kapal-kapal yang dilabuhkan di pelabuhan Rusia diarah menuju ke te¬ngah laut bagi mengelakkan dihempas ombak tsunami.
Tsunami yang melanda pantai timur Jepun berlaku dua hari selepas beberapa saintis memberi amaran mengenai pergerakan bulan yang boleh menyebabkan bencana alam di Bumi, lapor sebuah akhbar semalam.
Pergerakan bulan itu yang digelar adi bulan, diramalkan berlaku pada 19 Mac ini apabila bulan berada paling rapat dengan Bumi sejak tahun 1992.
Ketika itu, jarak bulan dan Bumi sekitar 354,507 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa.
Pada kedudukan tersebut, daya graviti bulan adalah sangat kuat dan dikhuatiri boleh mencetuskan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi. Ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) Richard Nolle percaya pergerakan bulan itu mencetuskan bencana di Bumi.
"Fenomena itu memiliki kaitan sejarah dengan ribut kencang, air pasang besar dan gempa bumi," katanya dalam satu wawancara dengan stesen ABC minggu ini.
Fenomena itu pernah berlaku pada 1955, 1974, 1992 dan 2005. Bencana tsunami yang menyebabkan 200,000 orang di Indonesia terbunuh itu melanda dua minggu sebelum fenomena bulan berada dekat dengan Bumi pada Januari 2005. sumber dari sinar, kosmo dan dailytime
No comments:
Post a Comment