Thursday, March 10, 2011

Datuk Rais Bidas Datuk Nik Aziz


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bersikap lebih realistik dalam membuat sebarang penilaian.

Beliau berkata kenyataan Nik Aziz kononnya media yang berat sebelah adalah punca kekalahan calon parti itu dalam pilihan raya kecil Merlimau di Melaka dan Kerdau di Pahang pada Ahad lalu, adalah tidak relevan.

Pasai apa tak releven pulak. Cuba kempen macam PAS kempen. Depa tak labur kemewahan masa kempen. Cuba buat tengok sekali. Apa jadi.

Rais berkata apabila PAS mengekalkan mandat di Kelantan, menawan beberapa negeri lain dan menang di beberapa kawasan dalam pilihan raya sebelum ini, media tidak dipersalahkan pula.

Yang tu memang kekuatan PAS datuk, depa berkempen tak guna media kerajaan langsung. Tak labur kemewahan langsung. Kan gitu? Sampai Tok Guru pun terkejut. Kata dia “Awat menang besar sangat” . Rakyat mimpi ka atau dia yang mimpi.

"Ada pepatah Melayu berkata, bila tak pandai menari dikatakan lantai jungkang-jungkit. Jadi saya fikir Datuk Nik Aziz harus melihat sejarah."
Sejarah yang mana tu. Cuba cerita mai.

Beliau berkata media mempunyai gambaran sendiri yang disajikan menerusi televisyen dan radio, jadi ada jugabeberapa sajian yang tidak menepati cita rasa masing-masing.
"Tentu sekali beliau tidak puas hati dengan beberapa sajian, saya juga tidak berpuas hati dengan beberapa sajian surat khabar ataupun media cetak," kata Rais.

Sapa pun tak puas hati bila kempen bagi sebelah pihak. Awat tak tak cerita samaapa budi yang ‘pembangkang’ buat, baru boleh kata tak berat sebelah. Kan gitu datuk ?

Haiyaiyaiyai!

Yang Pembangkang dok buat beribu kebajikan dalam dan luar negara, satu pun media kerajaan tak lapor. Macamana maa ? Bagi rakyat, kalau nak tau apa pembangkang dah melabur untuk mereka terpaksa tengok media pembangkanglah. Tu kan rugi kerajaan. Bila kita baca media pembangkang, kita rasa betul juga apa kata depa, terpikat juga, tergoda jugak. Lama-lama kaleh pi belah pembangkang. Rugi dak datuk ? Hadoiii!
Bila tengok media kerajaan yang kadang-kadang terlebih garpu dari sudu, benci jugak, baik kaleh channel. Tengok Bernama ke 501 ke. Rasa tenteram sikit jiwa.

Beliau berkata apa saja keputusan pilihan raya kecil baru-baru ini yang diputuskan oleh rakyat wajar diterima.

Memang diterima datuk. Buat cara betoi. Jangan bila nak mengundi baru nak pi hantar tar, kerusi roda, dewan, wi-fi lah. Macam-macam lagi

2 comments:

  1. sangat bersetuju dengan pandangan anda tu..terus rasa nak folo..huhuhu..pendapat kita hampir sama..SOKONG ANDA!!

    ReplyDelete