KUALA LUMPUR, 9 Mac – Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan di Parlimen semalam beberapa keping cek ditandatangan oleh seorang ahli parlimen bagi membeli tanah bernilai RM1.5 juta. Hairan juga beliau mampu beli tanah dengan harga RM1.5 juta setelah 2 bulan keluar PKR. Dari mana datangnya kemewahan seperti itu.
Beliau mendedahkan perkara tersebut semasa membahaskan ucapan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung petang tadi menjelaskan, cek tersebut ditandatangani oleh seorang ahli parlimen PKR yang baru-baru ini keluar parti .
Kebanyakkan ahli yang keluar dari PKR melontar berbagai tohmahan kepada parti, mereka kata tidak berpuas hati terhadap pemimpim tertinggi PKR. kononnya parti ini telah meninggalkan perjuangan membela rakyat, parti dipimpin pengkhianat, seorang ketua yang mahu menjadi Perdana menteri walau apa cara sekalipun dan bermacam lagi semata-mata sebagai alasan keluar parti.
Tetapi bila keluar parti terus jadi kaya.
Beliau menegaskan parti PKR bukanlah tempat untuk menjadi kaya ataupun membuat duit seperti tanggapan segelintir yang keluar parti.
“Yang tak dicerita apa dia? Bila berada dalam barisan pembangkang, khususnya PKR ini, bukannya lesen nak jadi kaya. Kalau hidup berpendapatan RM10, jangan berbelanja RM100. Ketidakupayaan untuk menambah RM90 kadang-kadang menyebabkan mereka tewas dengan ujian,” kata beliau.
“Pada saya ini ada salinan cek yang ditandatangani oleh satu daripada enam rakan saya yang keluar parti. Satu cek, RM700 ribu bertarikh 12 Januari, 2011. Satu cek lagi, 15hb Mac, ‘post dated’. Tujuannya apa? Bayar harga tanah, nilainya RM1.5 juta,” ujar beliau.
Saifuddin juga mempersoalkan tentang punca pendapatan tersebut sehingga dapat memberi kemampuan luar biasa kepada ahli parlimen tersebut membuat pembelian semewah itu.
“Duduk dalam parti, tak dapat itu ini. Keluar sahaja, dapat bayar tanah RM1.5 juta. Dari mana dapatnya duit ini? Itu sahaja persoalannya,” tegas beliau.
Beliau mempersoalkan samada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan membuat siasatan atau tidak terhadap ahli parlimen tersebut selepas beliau mendedahkan isu tersebut.
mohon share k
ReplyDeletesilakan.saya sgt berbesar hati
ReplyDelete