Tuesday, March 8, 2011

Liwat 2 : Hakim Tolak Bahan Bukti


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini memerintahkan tiga barangan – berus gigi, botol air minuman dan tuala ‘Good Morning’ tidak boleh diterima sebagai bukti.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman bicara dalam perbicaraan berkata barangan berkenaan diperolehi dengan cara yang tidak sah.

“Mahkamah mendapati tiga barang itu diperoleh secara tidak adil. Barang-barang dan perkara yang berkaitan akan ditolak daripada perbicaraan ini,” katanya.

Justeru, katanya, sampel DNA yang diperolehi itu juga tidak boleh diterima.

Keputusan itu membuatkan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan, walaupun beliau mempunyai tiga saksi lagi.

Mahkamah ditangguhkan hingga pagi esok.

Semasa di Kerdau terdapat satu banner lelaki Y bakal datang ke kawasan itu tersebar luas. Tidak diketahui itu kerja siapa. Mungkin tuan-tuan boleh mengagak. Di Merlimau juga sama gambar lucah isu berkenaan dijadikan bahan kempen Umno.

Dunia...dunia...

12 comments:

  1. bagus jugak..dari kena tangkap dan penjara?? tak lah susahkan anak buah...biar anwar bebas terkapai2 ikut suka dia ..panjang sikitmenjadi parasait di PR. Itu kehendak dia. Nak tau kromosom lelaki Y tu Anwar sudah ler.

    ReplyDelete
  2. jgn cakap macam tu.kita sesama manusia tak boleh bersangka buruk. ini semua perangkap UMNO

    ReplyDelete
  3. kenapa berprasangka semua ini perangkap umno sedang buah caturnya kat anuar? Beri sample dna secara sukarela. Sebenarnya kita banyak buang masa. Kalau tuduhan 1 dulu dipertikai, tuduhan 2 peluang yang ada tidak diambil cara ikhlas..kenapa? Jujur kata, sejak 1998 hairan benda ni tak selesai2. Natijah nya aku terima hukuman Allah meletakkan anuar macam tu. Terpahat kata "peliwat" kat dahinya kerana itu kehendak dia.

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya tak perlu lg sampel DNA. Ini kerana Anwar sudah memberinya semasa kes liwat pertama. Pakai je sampel yg lama. Setau aku DNA seseorang xkan berubah sepanjang masa. Ini kemungkinan cubaan perangkap kali kedua untuk mengurangkan pengaruh Anwar.

    ReplyDelete
  5. bagi mereka yang dah berusaha tawakal akhirnya.

    Pembela dan Pendakwa buat apa yang sepatutnya. Namun bagi menjaga harga diri semua, tidak patut sekiranya soal kerjasama menjadi masaalah.

    Aku yakin pihak pendakwa pun tak mahu pertikaian yang memang berjela, di jela-jelakan lagi dengan menambah elemen meragukan.contoh mengguna pakai dna kes 1998. Dari segi kos, masa, termasuk kesan sentimen dan prasangka yang berligar-ligar sekian lama amatlah tidak logik untuk mendapatkan satu keputusan adi abgai 2 pihak itu.

    Bagi aku biar sahaja anwar merasa puas dengan keputusan setakat ini.dna nya sepadan dengan yang ada dijumpai dalam tubuh saiful.Menang sekadar membuktikan cara dapat dna terbaru tidak diterima sah oleh hakim.

    Adakah mempertikaikan sah tidaknya pengambilan dna itu sebagai platform mempertikaikan pemadanan dna yang mensabitkan berlakunya sebagai yang di tuduh.

    Mungkin ini 'perangkap' oleh pendakwa supaya anwar tidak di hukum penjara oleh mahkamah dan membiarkan kesalahan itu melekat di dahi di khalayak ramai? Itu sahaja yang boleh aku andaikan. Apapun bagi aku perancangan Allah menentukanya.

    ReplyDelete
  6. bagi saya liwat 1 dan 2 adalah agenda UMNO.mereka sgt takut kepada anwar.sekiranya PKR memerintah ramai puak umno tersangkut.ni puncanya terutama dr mahadir.anak2 dia termasuk dia adalah jutawan. hasil dari apa?

    ReplyDelete
  7. Andaian menyatakan umno takut ngan anwar ni aku lagi ler tak masuk akal dari apa yang yang didakwa keatasnya. Begitu juga bab kisah bab jutawan2 ni cara mana didapatkan. Bukan nak tuduh2 tapi bila lihat kroni-kroni masa dia berkuasa semasa berjawatan penting, bandingan aku menjurus anwar lebih teruk dari yang lain sama dengan sifatnya seperti dalam tuduhan yang dia hadap.
    Aku sendiri hairan kenapa masalah ini berlarut2. Ada kah perjuangan berparti digunakan semata-mata untuk tujuan peribadi sahaja. Itu saja kah nilai yang hendak ditunjuk dalam mencari keadilan dan kebenaran. Pembaziran masa, wang ringgit dan tumpuan masa tak diambil kira kah? Sikap yahudi yang berdolak balik kena di tamatkan. Tepok dada tanya selera itu lebih sesuai dalam menghadapi kes macam ini.

    ReplyDelete
  8. kan wikileak wak keluar data kekayaan mahadir & keluarganya, termasuk aset di israel

    ReplyDelete
  9. eh eh bukannyer aku nak kata tak leh caya wikileak. Dari mana pun tak per. Aku nak hujjah anwar kena hentikan masalah dia ni. Masalah dia tu menyebabkan kita asyik berligar-ligar dan tak fokus pada hal yang sepatutnya. Suka ke kita ni berkeadaan seperti itu? Kalau anwar tu macam aku tak per lah. Siapa ambil perduli. Ini satu dunia fikiran orang jadi bercelaru. Musuh Islam sukakan keadaan itu dan kita mudah dilekakan. Malu pulak aku cakap macam ni.Sebab mana-mana pemimpin suka mengenakan orang bawahnya dengan yang tidak-tidak. Lumrah. Beralasan dan mengeruhkan bukan sifat pemimpin yang dikatakan berjuang.

    ReplyDelete
  10. kakak tabik.Atiq seorang penghujuh yang bagus.macam ni boleh jadi blogger yg top nanti.tahniah.
    menulis pandai,kalau bersilat lidah pandai dak?maksudnya bertikam lidah. cara LIVE. kakak memang hormat orang macam ni. berhujah dengan berhemah dan sabar.alhamdulillah

    ReplyDelete
  11. eh..nko ni biar betul. Nak bertikam lidah cara live? Lawak k. Aku ada blog sendiri untuk bubuh apa-sahaja sambil berjalan2 ke blog orang lain. Kadangnya aku komen bila tersentuh rasa, main komen sahaja ikut apa yang aku rasa. Betul ikut apa yang aku rasa betul. Salah kalau aku tak perasan.Nilai betul/tidaknya tuhan saja yang tahu. Tujuan aku lepaskan masaalah aku. Itu selama ini. Itu pun ada juga orang puji? Terima kasih.

    ReplyDelete
  12. tak adalah nak bertikam lidah.Saya suka cara awak komen.awak bukan pak turut.Awak komenter yang bagus.tahniah

    ReplyDelete