Beliau ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila hampir 80 peratus badannya terbakar teruk. Apartmen yang disewanya di tingkat tujuh di Jalan PJU8/7 , Damansara Perdana terbakar semalam.
Mayatnya ditemui dalam keadaan terlentang di atas katil oleh sepasukan bomba selepas selesai operasi memadam kebakaran di apartmen jenis studio itu pada jam 11 pagi.
Seorang pengawal keselamatan di apartmen tersebut menyedari kebakaran itu apabila beliau terdengar bunyi letupan kuat.
No comments:
Post a Comment