Monday, March 14, 2011

KEAJAIBAN BERLAKU DENGAN KEHENDAK ALLAH

Seorang nenek, Horomitsu Shinkawa, 60 melambaikan tangan untuk meminta bantuan

Seorang nenek berusia 60 tahun ditemui selamat dan sihat setelah dihanyutkan ombak Tsunami sejauh 15 Kilometer ke tengah laut. Ia ditemui selepas dua hari berlaku kejadian itu.

Horomitsu Shinkawa menceritakan pada hari Jumaat selepas gempa dahsyat yang diikuti banyak gempa susulan berikutnya dia mendengar guruh kuat dari arah laut. Dia Nampak gelombang besar, tinggi bergerak cepat menuju daratan. Dia berusaha melarikan diri, keluar dari rumah, setelah mengetahui tsunami datang.


Setelah berjaya keluar rumah, Shinkawa berpatah balik ke rumahnya untuk mengambil sesuatu barang. Masa itulah ombak Tsunami merobohkan rumahnya, lalu mengheret dia jauh ke tengah laut. Dengan tenaga yang ada dia mencapai kepingan atap rumah dan perpaut di situ.


”Saya selamat setelah berpaut pada kepingan atap rumah saya,” katanya. Dia ditemui selamat dan sihat pada Ahad 12.40 petang oleh kapal penghancur milik Maritime Self-Defence Force yang menyusuri perairan laut di Prefektur Fukushima . Kapal itu dalam tugasan mencari mangsa tsunami.


Michiko Yamada (75), warga Rikuzentakata, berkata “ Tak seorang pun berfikir akan menerima bencana Tsunami sedahsyat ini, desa yang bersih disapu tsunami di Iwate. Saya selamat, yang lain hanyut di depan saya,” katanya kepada Reuters. 
 Kemusnahan akibat Tsunami


No comments:

Post a Comment