Tuesday, March 15, 2011

FILEM TENTANG TSUNAMI DITARIK BALIK TAYANGAN DI JEPUN

Los Angeles : Filem yang mengisahkan tentang bencana Tsunami, terpaksa ditarik balik tayangannya di Jepun.

Film bertajuk Hereafter, yang dibintangi Matt Damon, Cécile De France dan Bryce Dallas Howard, diarah oleh Clint Eastwood, ini menceritakan tentang kejadian tsunami. Seperti dinyatakan Associated Press. Alasan penarikan balik filem tersebut kerana masa ini tidak sesuai ditayangka   tatkala Jepun sedang menderita dari kesan Tsunami. Sebab ada beberapa adigan tentang Tsunami dalam filem itu yang tidak sesuai ditayangkan.

Pejabat Warner Entertainment Japan Inc., Satoru Otani, menyatakan semua panggung wayang di Jepun sekitar 180 semuanya serentak menghentikan tayangan film Hereafter, yang jadualnya akan ditayangkan sehingga akhir bulan Mac ini. Filem ini mula ditayangkan sebulan lalu.

2 comments:

  1. ye lar...maneleh tayang skrgkn!Jepun sedang melanda tsunami,ramai rakyat Jepun sedang menderita coz tsunami,abis lar filem ni,kurang laku nanti,eheheee.tp pelakonnyerrr best Matt Damon,i like,hehe...

    ReplyDelete
  2. bagus ngan perihatin mereka.Biar rugi berjuga.asalkan dapat beri simpati

    ReplyDelete