pertemuan semula |
Para pencari mangsa Tsunami mendengar suara tangisan bayi di tengah sisa runtuhan bangunan, dalam kerja-kerja menyelamat. Agak mustahil akan ada bayi yang selamat di dalam runtuhan sisa sampah itu. Mereka abaikan, kerana berfikir mungkin tersalah dengar.
Namun tangisan itu datang lagi. Dan kali ini mereka pasti itu adalah tangisan bayi. Kemudian mereka segera menggali lumpur , dan mengais serpihan kayu dan batu di situ. Satu keajaiban berlaku lagi. Seorang bayi perempuan berusia 4 bulan ditemui di sini. Bayi ini terpisah dari keluarganya ketika desa di Ishinomaki ini dilanda gelombang tsunami.
Ishinomaki, sebuah desa di utara Jepun; Seorang tentera memegang bayi yang dijumpai dalam sampah sarap bawaan Tsunami
Keluarga bayi ini menyangka mereka akan kehilangan dia buat selama-lamanya. Ternyata kuasa Allah mengatasi segalanya. Setelah tiga hari berlaku Tsunami bayi ini dijumpai semula.
No comments:
Post a Comment