Seorang model muslimah yang bernama Shanna Bukhari, 24 yang kini menetap di Rochdale, Manchester dikecam hebat kerana dia akan mewakili England dalam finalis Miss Universe. Beliau adalah muslimah pertama yang mewakili negaranya dalam pertandingan itu.
Shanna adalah model sepenuh masa setelah selesai kuliahnya. Beliau adalah mahasiswa sastera Inggeris. Dia dilahirkan di Blackburn. Keluarganya masih di Pakistan.
Dia berjaya menjadi finalis Miss British setelah memenangi Miss Universe Asiana iaitu satu pertandingan kecantikan untuk gadis-gadis Asia yang tinggal di Endland. Ia dan 59 gadis lainnya akan bertanding pada malam final di Birmingham pada bulan Mei 2011 akan datang.
“Saya ingin gadis-gadis lain dari komuniti muslim merasakannya, mereka dapat melakukan ini. Keluarga saya, teman- teman saya menyokong saya, termasuk mereka yang mengenakan jilbab “. kata Shanna seperti dilaporkan The Sun. Shanna juga tidak ambil kesah dengan sesi bikini yang secara tradisionalnya menjadi sebahagian dari pertandingan Miss Universe.
Dia mengatakan impiannya adalah mendapatkan mahkota Miss Universe tetapi ramai orang yang mengkritiknya. "kamu bukanlah seorang Muslim kerana kamu melakukan hal ini". Demikian bunyi suara sumbang yang mengkritik beliau. Alasan pengkritik adalah kerana Shanna akan berpakaian renang dalam pertandingan itu.
Salah seorang penentangnya ialah Mohamed Shafiq yang berasal dari Yayasan Ramadhan . Katanya "Dalam Islam sangat jelas bahawa wanita wajib berpakaian sopan(menutup aurat) dan kami tak yakin bahwa memperagakan diri anda dalam bikini adalah keputusan yang tepat “
Kata Shanna “Tiga pemuda menulis di Facebook bahawa mereka tidak akan menyokong saya karena saya berbuat dosa. Mereka berkata saya akan membusuk di neraka, Tapi inilah keinginan saya. Ini bukan tentang penampilan,”
Shanna berkata ramai orang menyokongnya, termasuk keluarganya di Pakistan. Dia juga mengatakan tidak akan mengenakan biniki tetapi pakaian renang one-piece serta sarung.
Pemenang Miss British berhak untuk mewakili negaranya di Pertandingan Miss Universe yang akan berlangsung di Sao Paulo, Brazil, pada 12 September 2011.

No comments:
Post a Comment