Tuesday, March 29, 2011

Siasat lagi 18 video sex

KEPALA BATAS - Kelab Warisan Malaysia (Keris) Pulau Pinang meminta polis menyiasat kenyataan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali   mengenai pengakuan beliau bahawa terdapat 18 rakaman video seks membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Setiausaha Keris, Azman Hasan menegaskan, kenyataan Ummi Hafilda baru-baru ini perlu dipandang serius dan ahli perniagaan itu harus mendedahkan video yang dimaksudkan itu.

Menurut beliau, kenyataan Ummi Hafilda itu telah mencetuskan pelbagai spekulasi yang meresahkan pemikiran rakyat yang mahukan kebenaran di sebalik dakwaan beliau membabitkan pemimpin itu.

"Ummi Hafilda perlu tampil bagi mendedahkan kesemua video berkenaan demi kebenaran.

"Kita harap pendedahan itu bukan sekadar cakap-cakap kosong. Ummi Hafilda kena buktikan bahawa video itu benar-benar wujud," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

kosmo
Ya jika ternyata palsu diharap polis segera ambil tindakan.

No comments:

Post a Comment