BERLIN - Seorang ahli politik German ditangkap kerana mencuri sejumlah tissue gulungan dari tandas lelaki di sebuah bandar di sini, kata seorang jurucakap pada Rabu 13 Mac.
Aksi ahli politik itu, Frank-Michael John, 24 tertangkap apabila beberapa orang petugas kebersihan membuat operasi tergempar.
Para petugas di situ merasa hairan dan curiga di atas kehilangan lebih dari 200 gulung tissue . Mereka pun memasang perangkap untuk memerangkap John, ahli politik berhaluan kiri Die Linke di Stralsund, Jerman Utara.
John didapati keluar dari bilik air sambil memegang segulung tissue di tangannya dan satu lagi di beg galasnya, demikian laporan beberapa media.

No comments:
Post a Comment