KUCHING –Datuk Seri Najib berkata, Barisan Nasional perlu meningkatkan usaha lebih daripada biasa untuk memenangi kerusi di bandar-bandar pada pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini memandangkan calon yang diketengahkan adalah baik dan hebat. Ini adalah ujian yang besar bagi BN
Pengundi di bandar perlu memberi kepercayaan kepada BN dan sokongan menyeluruh untuk menjamin masa depan mereka berdasarkan program transformasi yang sudah mula
Dimana-mana kempen BN Datuk Seri Najib mengulangi tentang Gagasan 1Malaysia.
“Kita sudah memperkenalkan gagasan 1Malaysia, satu pendekatan semua kaum akan mendapat pertimbangan adil,” katanya.
Perdana menteri yang tiba di sini malam semalam untuk lawatan kerja selama empat hari hingga Jumaat ini, memulakan program bertemu rakyat di pekan Pusa, Serian pada sebelah pagi sebelum melawat ke pekan Sebuyau.
Masalahnya kedatangan Najib di situ tidak mendapat sambutan penduduk setempat. Sebaliknya penduduk di situ lebih gemar menghadiri ceramah PR. Semua ceramah PR di mana-mana saja mendapat sambutan yang luar biasa.
Ceramah DAP di Miri yang menampilkan calon PKR bagi kerusi Senadin, Michael Teo, menarik kehadiran tidak kurang 4,000 orang.
Di Sri Aman pula lebih 1,000 orang mendengar ceramah DAP oleh pemimpin veterannya, Lim Kit Siang. Majlis itu berjaya mengutip RM8,252 sumbangan daripada penyokong DAP.
Pada pilihan raya negeri 2006, PR berjaya merampas sembilan kerusi dari BN. Bagaimanapun, kerusi pembangkang akhirnya hanya tinggal 7 kerusi, setelah dua ADUN yang terpilih menyertai BN. PKR menang kerusi Padungan menerusi Dominique Ng, sementara DAP merangkul enam kerusi, termasuklah Kidurong, Bt Assek, Meradong, Pending, Kota Sentosa dan Batu Lintang.
No comments:
Post a Comment