Saturday, April 16, 2011

Awas dengan sepasang kaki tipu ini

Polis menunjukkan gambar kedua kaki tipu  itu
TELUK INTAN – Awas dengan kaki belit ini. Mereka adalah sepasang suami isteri yang terlibat dalam penipuan mengenai penawaran projek dan tender yang tidak wujud di sekitar Perak dengan nilai keseluruhan RM6.3 juta sejak sebulan lalu. Setelah menyedari tembelang mereka pecah, keduanya terus menghilangkan diri dari kediaman mereka di Taman Perkasa.
Song Siew Weng, 49, yang mempunyai ketinggian 1.73 meter dan berbadan gempal manakala isterinya, Chong Heoy Choo, 50, pula berbadan gemuk serta memiliki ketinggian 1.60 meter.
Kaki tipu itu yang sering berjumpa pelanggannya di restoran mewah dengan menaiki kereta mahal.
Untuk mengaburi mata orang ramai, pasangan tersebut turut memberi derma mencecah ribuan ringgit di rumah-rumah ibadat dan pusat pendidikan.
Difahamkan lima pelabur telah terpedaya dengan kerugian terbesar bernilai sekitar RM767,464.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, salah seorang mangsanya adalah seorang lelaki berusia 73 tahun yang terpedaya dengan tawaran kaki belit itu mengatakan mereka mempunyai projek di atas tanah rizab kerajaan seluas 121.5 hektar untuk tanaman kelapa sawit di Hutan Melintang.
Seorang lagi mangsa ialah lelaki berusia 67 tahun yang membayar deposit berjumlah RM150,000 bagi tender palsu membekalkan buah-buahan kepada pelatih Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut.

No comments:

Post a Comment