DUBAI — Human Rights Watch mengecam penggunaan tentera kanak-kanak di salah satu division tentera Yaman, yang memihak penunjuk perasaan anti rejim yang sebelum ini telah mengorbankan 125 orang sebelum ini.
Tentera kanak-kanak ini telah direkrut oleh tentera Yaman iaitu salah satu unit anti pemerintah.
“Mereka digunakan untuk melindungi demonstrasi anti pemerintah," kata Kelompok Hak Asasi Manusia HRW yang bermarkas di New York, Amerika Syarikat .
Sejak tercetusnya protes anti Presiden Ali Abdullah Saleh Januari lalu para pekerja Hak Asasi Manusia telah bertemu dengan berpuluh orang tentera bersenjata, yang di bawah usia 18 tahun, di Sanaa
Apabila ditanya oleh HRW, 20 dari mereka mengaku berusia antara 14 hingga 16 tahun. Mereka menyatakan bertugas selama dua tahun di bawah jenderal pembelot, Jenderal Ali Muhsin al-Ahmar.
Sebelum ini mereka telah direkrut untuk memerangi pemberontak Syiah di Yaman utara.

No comments:
Post a Comment