Wednesday, April 13, 2011

Betulkah Sarawak dilanda gempa 10 magnitud

ceramah DAP
ceramah di Batu Kawa
Adakah benar tsunami telah melanda Sarawak sehingga rata-rata rakyat di seluruh Sarawak gempar mahu singkirkan BN dari bumi Sarawak.

Betulkah rakyat Sarawak membenci BN hingga ke peringkat maksima. Apakah punca maka terjadi demikian. Adakah gempa bermagnitud 10 telah terjadi di sana menyebabkan gelombang tsunami yang dapat menyaingi Jepun.

Khabar yang boleh dipercayai menyatakan undian rahsia yang dibuat oleh Jabatan Maklumat Taib menunjukan kemerosotan penyokong terhadap ketua menteri itu sangat ketara.

Pesuruhjaya PAS Sarawak, Haji Adam Ahid menyatakan tidak mustahil berlaku perubahan di Sarawak.
Katanya “Rakyat di sini miskin tetapi pemimpin mewah, kekayaan pemimpin menyamai kekayaan negara, tak mustahil ” . 

Katanya isu pertama yang besar di Dun Sebuyau ialah isu tanah, pembangunan serta pembelaan rakyat.
Haji Adam Ahid, calon PAS Sebuyau memberi contoh rakyat di kalangan kaum Iban tidak terbela di Kampung Entangor.

“Kalau mereka sakit payah nak pergi ke klinik tempat yang jauh, mereka gunakan jalan air. Jika air jalan kering, mereka tidak boleh pergi klinik, ramai yang meninggal dunia dalam sampan sebab jauh nak ke klinik. Sehingga ada yang bersalin dalam sampan sebab jauh perjalanan menaiki sampan dari Kampung Entagor ke klinik di Sebuyau,” ujarnya.

Kini kedua-dua pemimpin negara , perdana menteri dan timbalannya bermukim di Sarawak, kata satu berita kedatangan mereka bukan untuk menolong Taib tetapi mahu menyingkirkannya.

Kini gempar lagi, lagi dan lagi  dengan penyokong dari Kelab PAS Ireland. Mereka menyeru rakyat Sarawak bangkit berjuang tentukan masa depan sendiri. 16 April inilah harinya, bagi menyingkirkan pemimpin yang telah mengikis minda pribumi serta membunuh dalam diam semangat juang Bangsa Sarawak.

No comments:

Post a Comment