Wednesday, April 13, 2011

sindikit tipu kad kredit : 7 posmen diberhentikan serta merta

KUALA LUMPUR - Tujuh posmen di antara 13 ahli sindikit telah  ditangkap baru-baru ini kerana terlibat dalam penipuan kad kredit palsu yang melibatkan kerugian hampir RM1 juta.Sindikit ini dipercayai bergiat sejak 2009 lagi.

Difahamkan tujuh posmen itu dilucutkan jawatan sertamerta.
Kegiatan mereka mula terbongkar apabila pihak pejabat pos menghubungi seorang wanita memaklumkan terdapat seorang lelaki menggunakan kad pengenalan beliau untuk menuntut surat yang berisi kad kredit di pejabat pos itu. Kad pengenalan itu disyaki palsu.

Wanita itu terus membuat laporan polis mendakwa kad kredit miliknya yang dihantar oleh sebuah bank hilang dipercayai dicuri ketika berada di Pejabat Pos Taman Shamelin, Cheras pada 1 April lalu.

Menurut kenyataan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Ammar Singh Ishar , polis segera ke pejabat pos berkenaan apabila mereka dihubungi. Suspek yang masih menunggu di situ untuk mendapatkan sampul kad kredit itu diberkas serta merta.

Apabila diperiksa kereta suspek, polis menemui 10 keping kad kredit pelbagai bank disyaki palsu.

No comments:

Post a Comment