Betulkah kita tidak perlu ambil langkah berjaga-jaga dengan kehadiran ‘telur palsu’ ?
Betulkah telur palsu tidak ujud di Malaysia, terutama di Penang ?
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata “Mengikut kajian, apa yang ditakrifkan sebagai telur tiruan seperti yang didakwa oleh CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) ialah telur itu luar biasa dari segi saiz sama ada besar dan tidak mempunyai bentuk bulat telur.
“Justeru, orang ramai tidak perlu bimbang terhadap ketulenan telur di pasaran dan ia di dalam pengawasan serta tindakan pihak kerajaan,” katanya pada sidang akhbar mengenai isu telur tiruan di ibu pejabat jabatan itu di sini semalam.
Perlukah kita meniru Korea yang peka terhadap kesihatan rakyatnya dengan menyiarkan secara besar-besaran tentang keujudan telur palsu
Pada tahun 2007 lagi beberapa media utama di Korea telah membuat sorotan proses pembuatan telur-telur tiruan di China. Berita ini menjadi kebimbangan penduduk Korea.
Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) pernah menayangkan sebuah dokumentari berjudul, “Hidup tanpa produk-produk buatan China .” Dokumentari tersebut kisah kehidupan tiga keluarga di Korea Selatan , AS , dan Jepun yang menolak penggunaan produk-produk buatan China. Tayangan ini juga berkaitan dengan telur-telur buatan yang bermaharajalela di China.
Surat khabar nombor satu Korea, Chosun Ilbo, telah melaporkan secara terperinci bagaimana telur-telur tiruan itu dibuat.
Pada 14 Ogos 2007 sebuah akhbar Korea Dong-A Ilbo, telah menulis satu tajuk “Telur-telur buatan dari China dibuat dari bahan-bahan kimia telah muncul di pasaran”.
Sebuah pusat reseach yang berpejabat di Fengtai, Beijing , mengeluar kenyataan “Perusahaan kami telah menyebarkan teknologi pembuatan telur tiruan. Kami telah melatih lebih dari 70 ribu siswa dari lebih 20 daerah dalam negeri.
Kami juga menyediakan teknologi untuk membuat “anggur tiruan,” daging ayam dan daging sapi tiruan ,” dan “membuat gula-gula beraroma hawthorn (sejenis buah berry berwarna merah) tanpa menggunakan buah hawthorn.”
Kena berjaga-jaga.. takkut ada peniaga yang ambil kesempatan..
ReplyDeletefobia sangat dengan telur palsu. nampak saja telur yg bentuknya lain macam n pelik sikit dah tak berani nak masak/makan.. huhuhu..
ReplyDeleterakyat kena berjaga-jaga.wajib berjaga-jaga. takut tertipu
ReplyDelete