HONG KONG: Seorang bintang bola sepak ternama Hong Kong membunuh diri dengan terjun bangunan pangsapuri selepas bertengkar dengan isterinya, semalam.
Cheung Sai-ho, 35, pernah dinobat sebagai pemain paling berharga Hong Kong pada 2003 dan pemegang rekod dunia gol tercepat membuat jaringan untuk pasukan belia Hong Kong kira-kira 2.8 saat selepas perlawanan bermula dalam pertandingan Piala Portsmouth di Britain pada 1993. Pemain tengah berbakat yang bersara daripada bidang sukan pada 2008 itu terjun dari tingkap tingkat 36 pangsapuri kediamannya selepas bertengkar dengan isterinya, kata polis sebagaimana dipetik daripada akhbar South China Morning Post. Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut keterangan polis, suami-istri itu bertengkar tentang hubungan mereka dan kewangan.
“Dia memiliki visi bermain bola yang sangat baik dengan kemampuan membaca permainan di pihak lawan. Sepatutnya dia boleh jadi jurulatih,” kata bekas jurulatih Hong Kong Tsang Wai-chung kepada the Post
Tambahnya lagi “kematiannya Cheung Sai-ho adalah satu kehilangan besar bagi peminat bola sepak.” Cheung telah turun sebanyak 56 kali mewakili Hong Kong dan berhasil menyumbangkan delapan gol.
No comments:
Post a Comment