Saturday, April 23, 2011

Konsert Justin Bibier : Tiket Melambung Tinggi Di Bogor

 SENTUL CITY, BOGOR - Remaja terutama perempuan, begitu teruja untuk menyaksikan konsert World Tour 2011 Justin Bieber. Sejak pukul 12 tengahari lagi mereka telah berkumpul di Sentul International Convention, padahal konsert akan bermula jam 07.30 malam.

Lalu lintas di sepanjang jalan utama komplek perumahan berlabel Innovation City itu begitu sesak sepanjang hari. Lalu lintas bertambah sesak sejak jam 2,00 petang sehingga ke malam.
Jalan bertambah sesak mulai jam 3.00 petang . Kereta berderetan sejauh 1 kilometer dari pintu keluar Sentul City.

Beratus kenderaan terpaksa parking di pinggir-pinggir jalan dalam kompleks. Kaum wanita diangkut dengan shuttle bus.

Ramai penonton mengeluh kerana belum mendapat tiket, ada juga yang ingin menambah tiket kerana kedatangan saudara atau teman terdekat yang mahu ikut menonton. Jadi mereka terpaksa beli dari pasaran gelap, yang harganya melambung tinggi sehingga RP 5 juta.
Pada waktu pagi tiket masih murah di pasaran gelap, sekitar RP 1.7 juta. Ada yang bernasib malang terbeli tiket palsu.

Kerana sukar mendapatkan tiket, ramai penonton menggunakan twitter, sms dan blackberry mesangger. Mereka ditawarkan tiket dengan harga antara Rp 3 juta hingga Rp5 juta. 

Dianggarkan 10,000 orang Belieber ( fans Justin Bieber-red) akan memenuhi Sentul International Convention Center, Bogor.

Seramai 900 petugas keamanan termasuk polis akan berkawal. Wah ! hebat kan . Ada minat ?


No comments:

Post a Comment