Sebelum ini kita diberitahu bahawa Cuma nadir bumi dari Mount Weld, Australia saja akan diproses di Gebeng. Tapi ternyata kita ditipu, tipu, tipu lagi oleh Lynas. Haduyaiii.
KUANTAN, 23 April - Penduduk di bandar ini dijangka pasti akan terus teraniya dengan taktik dan permainan licik "Kerajaan Malaysia" jika mereka berdiam diri dan tidak membantah projek Lynas di Gebeng ini. Ia berikutan banyak maklumat terbaru kini telah berjaya dibongkarkan bagi membuktikan projek tersebut memang tidak "relevan" untuk diteruskan. Hasrat kerajaan untuk melantik panel bebas bagi mengkaji projek ini adalah satu usaha "sia-sia" yang dijangka akan memerangkap rakyat itu sendiri. Kita tidak tahu siapakah pakar yang akan terlibat dan berapa banyak wang yang akan memperolehi. Dalam keadaan sekarang, Lynas dan Kerajaan Malaysia boleh membayar sesiapa sahaja untuk menjadi pakar bagi menyokong projek tersebut. Sedangkan dalam masa yang sama rakyat mahu projek itu dibatalkan. Soalnya, apakah kerajaan berani membatalkan projek berkenaan selepas mereka sendiri melihat "keuntungannya di kemudian hari". Justeru itu juga kita tidak hairan kerajaan menawarkan "Tax Holidays", dengan tidak mengenakan cukai selama 12 tahun kepada Lynas. Agenda tersembunyi mereka sudah pun kami dedahkan dalam artikel terdahulu. Cuma kali ini kami mahu dedahkan pula tentang bahaya "radioaktif" yang akan dihadapi oleh rakyat Kuantan rupanya bukan sahaja dari bahan mentah "rare earth" yang dibawa khas dari Mount Weld, Australia. Rupanya, Lynas juga akan memunggah "rare earth" dari negara Malawi untuk diproses di Gebeng.
Malawi, sebuah negara di benua Afrika telah memberikan lesen kepada Lynas untuk menggali nadir bumi di negara mereka. Grain Malunga , Menteri Sumber Negara Malawi menyatakan bahawa Lynas adalah satu-satunya syarikat yang telah diberikan lesen untuk menggali dan melombong nadir bumi. Malunga juga menyatakan bahawa Malawi tidak mempunyai kepakaran mahupun kemampuan untuk membina loji pemprosesan nadir bumi. Nadir bumi yang di lombong di Malawi akan di hantar ke Kilang Lynas di Gebeng Kuantan untuk diproses sebelum dijual dipasaran antarabangsa. Perlombongan dan pemprosesan akan dilakukan sepenuhnya oleh Lynas. Lynas akan melakukan sedaya mungkin untuk melawan eksploitasi China dalam penjualan nadir bumi yang telah diproses.Ini bermakna bahaya yang bakal menimpa rakyat kini semakin besar dan lebih menggerunkan. Ternyata kini, projek tersebut wajar dibatalkan demi keselamatan. Rakyat tidak mahu lagi sebarang alasan dari pihak kerajaan bagi meneruskan projek itu.Pahangdaily

No comments:
Post a Comment