Sunday, April 10, 2011

calon DUN Tanjung Datu diugut dan cuba dibeli

SANTUBUNG: Satu laporan polis oleh PAS berikutan calon mereka di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjung Datu, Nani Sahari didakwa cuba diugut dan cuba dibeli oleh pihak tertentu.

Wakil calon mereka, Syed Abdul Rahman Syed Hussain. telah membuat laporan itu di Balai Polis Lundu pada 7 April lalu.

Ketika sedang berkempen dari rumah ke rumah, Nani menerima satu panggilan telefon dari seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai seorang pegawai polis. Lelaki itu memujuk calon untuk bertemu dan membincangkan tentang penyertaan beliau dalam pilihanraya negeri kali ini.

Pelawaan itu ditolak dengan lembut oleh Nani dan meletak telefon biarpun diajak bertemu sendirian beberapa kali.

Kata Abdul Rahman "Nani beri tahu saya dia menolak pelawaan itu dengan memberitahu dia ada perinsip dan tidak mahu berunding apa-apa.”

"Kita anggap ini satu percubaan mengugut dan berniat membeli calon.” Kata Rahman.

Sambungnya lagi “Pihak polis mengesahkan nombor telefon yang diguna lelaki itu untuk menghubungi calon adalah dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.”

"Kita mahu polis mengadakan siasatan segera kerana kita tidak mahu perkara sama berulang dan boleh menjejaskan kempen calon," tegasnya.

Nani akan ditentang Tan Sri Adenan Satem dari BN manakala Gilbert Asson Anak Kulong (Bebas).

No comments:

Post a Comment