Sunday, April 10, 2011

PERKASA umum pengganti ketua wira dan wiranita

Mesyuarat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini melantik Irwan Fahmi Ideris sebagai ketua wira baru, manakala Datin Paduka Norkhaila Jamaluddin sebagai ketua wiranita berikutan selepas kedua-dua penyandangnya meletak jawatan baru-baru ini.

Irwan yang sebelum ini merupakan naib ketua wira, dilantik menggantikan Arman Azha Abu Hanifa, manakal Norkhaila pula menggantikan Raihan Suleiman.

Sharifuddin Abdul Hamid pula dilantik sebagai yang dipertua PERKASA Wilayah Persekutuan yang baru. 

Menurut setiausaha agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali (kanan), "Sharifuddin menggantikan Datuk Mokhtar Samad yang sibuk dgn tugasnya sebagai Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia,"
Jawatan bendahari PERKASA pula diisi oleh seorang usahawan, Dr Marzuki Ibrahim, menggantikan Datuk Shuaib Lazim yang tidak berapa sihat sejak kebelakangan ini.(Trio Datuk T)

Mesyuarat hari ini memutuskan untuk mewujudkan badan pemantau prestasi bumiputera(PEMANTAU).

PEMANTAU akan diketuai oleh pengerusi biro ekonomi PERKASA yang juga naib pengerusi PERKASA, Dr Zubir Harun. Ahli jawatankuasanya terdiri daripada beberapa pimpinan NGO Melayu dan bumiputera yang telah bersetujui untuk bersama .


Katanya, terdapat dua unit di bawah PEMANTAU iaitu:

i) Jaringan penyelidik ekonomi bumiputera - bagi melakarkan agenda penyelidik yg komprehensif utk memahami situasi bumiputera, mengenal pasti faktor yg mempengaruhi tahap prestasi dan mencadang langkah penyelesaian; dan

ii). Pusat operasi bagi membincangkan hasil kajian dan memperkenalkan langkah-langkah yang perlu dijayakan secara gerak cepat dengan kerjasama EPU, TERAJU, MARA dan agensi-agensi lain pembangunan bumiputera.

No comments:

Post a Comment