BEIJING — Cina akan mencipta susu ibu tiruan pula dari susu sapi . Hasil kajian di Cina susu sapi secara genetiknya menyerupai air susu ibu . Susu itu akan memenuhi rak-rak perniagaan di China sekitar dua tahun lagi.
Kementerian Pertanian China telah memberikan lampu hijau untuk uji kaji tentang kebaikan susu sapi. Pengawas Kesihatan Cina menyatakan susu itu terbukti lebih sihat berbanding susu biasa.
Para ilmuwan menyatakan susu sapi menyerupai susu ibu kerana mengandung banyak gizi , termasuk protein laktalbumin, laktoferin, dan lysozume.
Li Ning, seorang ahli bioteknologi di Universiti Pertanian China menyatakan "Protein-protein dari susu sapi mudah diserap oleh tubuh manusia dan boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Sebab itulah penyusuan susu ibu lebih baik daripada susu formula bayi . Ia dijamin tidak membahayakan kesihatan “.
Tambah Li lagi, walau bagaimanapun, susu tersebut bukan merupakan pengganti susu ibu secara sempurna kerana susu tersebut tetap kekurangan zat kekebalan tubuh dan protein-protein yang sangat penting bagi kecerdasan bayi.

No comments:
Post a Comment