Monday, April 18, 2011

Ayu ditipu RM5,000

KLANG: Seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Ayu, 29 telah ditipu apabila wang simpanannya berjumlah RM5,000 telah dipindahkan ke akaun lain tanpa pengetahuannya.

Kisahnya bermula, apabila beliau menerima satu email dari seseorang yang menyamar sebagai pegawai bank, menyatakan akaunnya di bank tersebut akan dibekukan dan memintanya supaya mengemas kini maklumat peribadi supaya akaun tersebut tidak dibekukan.

“Bimbang dengan perkara itu, saya membuka pautan yang terdapat dalam e-mail terbabit dan memasukkan alamat e-mail saya beserta kata laluan seperti diminta.
“Laman web itu sama dengan laman web rasmi bank berkenaan. Jadi, saya tidak mengesyaki apa-apa yang pelik pada laman web itu.” katanya

Mangsa kemudian menerima SMS pengesahan daripada pihak bank, menyatakan wang simpanannya telah dipindahkan ke akaun lain.

Beliau segera menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan bank berkenaan untuk membuat pengesahan sama ada wang dalam akuannya benar-benar telah dipindahkan ke akaun lain. 
Beliau segera membuat laporan polis 

Ayu berkata, walaupun laporan polis dan aduan dibuat, bank berkenaan seolah-olah lepas tangan dan sukar bekerjasama dalam mengendalikan kes itu. Bank tidak memberitahu ke akaun mana wangnya dipindahkan. Kata jurucakap bank terdapat kekeliruan dari segi waktu transaksi berlaku.

“Mengikut laporan bank berkenaan, waktu wang saya dipindahkan ke akaun lain pada jam 11.59 malam, tetapi berdasarkan penyata kewangan bank itu,menunjukkan waktu wang saya dipindahkan ke akaun lain pada jam 11 malam.

“Sekali lagi saya membuat laporan polis serta menghantar surat aduan kepada Bank Negara berhubung ketidakpuasan hati terhadap laporan yang diterima selain meminta laporan terbabit diteliti semula,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan hukuman maksimum 10 tahun penjara, sebatan dan denda.

No comments:

Post a Comment