Monday, April 18, 2011

Pesara Tentera Ditawar Jadi Polis

KUALA LUMPUR: Bekas tentera yang menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diberi dua kelonggaran kenaikan pangkat dan tempoh latihan yang dipendekkan

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata dua kelonggaran itu diberi, tujuannya untuk menarik lebih ramai bekas anggota tentera menyertai pasukan polis.

Tempoh latihan juga dipendekkan kepada tiga bulan berbanding pelatih lain yang perlu menjalani latihan antara enam hingga sembilan bulan. Bekas anggota tentera berpangkat sarjan pula layak diberi kenaikan pangkat daripada konstabel kepada sarjan selepas disahkan jawatan dan lulus peperiksaan khas undang-undang rendah jabatan,

"Ini adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan supaya bekas tentera dapat menyumbangkan tenaga untuk sama-sama mencegah jenayah, menjaga keselamatan dan ketenteraman negara," katan Hishammuddin pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Menurut Hishammuddin lagi fasa pertama dilaksanakan Januari lepas. Seramai 101 bekas tentera telah dilantik sebagai konstabel dan konstabel sokongan dan mereka kini menjalani latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Syarat kelayakan

• berumur di bawah 45 tahun 

• berkhidmat dalam tentera sekurang-kurangnya untuk tempoh 10 tahun

No comments:

Post a Comment