Thursday, April 28, 2011

Eskay nak sumpah laknat selepas solat jumaat esok

Orang yang tak tau agama, sumpah laknat ni jadi mainan mereka saja. Allah laknat perbuatan begini. Kita harap DS Anwar jangan ikut gila macam mereka.


malaysiakini 28 April 11
Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersedia bersumpah laknat dalam majlis bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ketua pembangkang merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Shazryl berharap dapat bersama-sama melakukan sumpah itu di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul di Sentul selepas solat Jumaat esok.

"Saya juga mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut," katanya.

Bagaimanapun, belum pasti sama ada dua lagi anggota Datuk T - bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Shuib Lazim - akan turut serta mengambil tindakan sama.

"Kalau diperlukan (mereka bersumpah), kenapa tidak?" kata Shazryl Eskay ketika ditanya sama ada Abdul Rahim dan Shuib akan turut bersumpah.

Rahim yang turut hadir dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama Shuib bagaimanapun menyampuk:

"Eskay (bersumpah) wakili semualah."

'Atas nama Allah, Rasulullah'

Menurut Shazryl Eskay lagi, tindakannya esok bergantung kepada pandangan tokoh agama yang akan menyaksikannya.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan pihak berkenaan.

Shazryl Eskay juga bersumpah, tindakannya menayangkan video seks itu bukan fitnah bagi memenuhi kepentingan peribadi atau pihak-pihak tertentu.

"Demi Allah yang maha mengetahui, tindakan yang kami (Datuk T) ambil ini semata-mata bertujuan menzahirkan kebenaram dan bukan sekali-kali memfitnah atau bagi memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu atau kepentingan peribadi kami sendiri," katanya.

Beliau yang mengakui mengenali Anwar secara peribadi juga berkata, "atas nama Allah, Rasulullah, rakyat dan anak cucu kita", beliau dan rakan-rakannya bertangungjawab sepenuhnya atas pendedahan itu. malaysiakini



  • Kunasekaran Krishnan · Universiti Malaya
    jangan suka-suka menggunakan agama untuk membuktikan kebenaran dan kepentingan diri. sebelum seorang itu mendesak orang lain bersumpah dengan atas nama agama, orang itu perlu membuktikan bahawa dalam sepanjang kehidupannya bagaimana kehidupan sehariannya diamalkan adakah orang berpegang pada agama dan bersandarkan nilai-nilai murni agama itu?

    • Zamhariri Ismail · Multimedia University
      terkesima bila komen macam ni datang dari bukan islam (kan?). so true, kalau kehidupan pun tak berlandaskan agama mmg takkan rasa apa2 pun bila bersumpah atas nama agama! tuhan juga lah yang akan membalas nya, wallahualam~


    • Hamdi Najdi · MPR
      Muka tak malu. MUdah mudahan akan terbukti kebenaran semasa angkat sumpah laknat yang dipermain-mainkan. Biar dia tahu ada kuasa lain yang lebiih berkuasa daripada dia.

    • Allias Abdullah · Universiti Sains Malaysia
      jangan bimbang n takut apa yg kita buat sebab Allah (bg islam) maha mengetahui segalanya...kalau kat dunia xdapat dilihat di akhirat esok semua akan terpampang dengan jelasnya....

  • Azmi Sulaiman · Top Commenter
    Woitt di malaysia ni senang nk buat jenayah.. Lps buat jenayah, pegi masjid sumpah laknat..Sumpah cakap saya tak buat jenayah.. Lalu polis akn tutup kes..

    • Azmi Sulaiman · Top Commenter
      woii bodoh!! tak baca quran..mana saksi 4 org? ingt main sumpah mcm tu je ke bodoh!! Pencacai umno mmg bodoh!!


    • Mohamad Azri · Univeriti teknikal malAYSIA
      ntah..bodoh betol..kna ad 4 org saksi yg adil br blh bt tudhan pe2..ni nk sumph laknat trus..kn nti ALLAH laknat blik spe yg bt sumpah 2 br thu..

No comments:

Post a Comment