Moskow — Oksana Balynskaya, wanita seksi dan penjaga Moammar Ghadafi dari Ukraine telah kembali ke Ukraine bersama Galyna Kolotnytska menggunakan pesawat tentera dua bulan lalu menceritakan bahawa Ghadafi telah berubah penampilannya dalam usia 70.
Katanya "Siapa pun tidak akan percaya atau tidak kenal yang itu Ghadafi secara fizikal, beliau sangat berubah, lebih segar." Oksana Balynskaya merupakan salah seorang dari empat perawat asal Ukraina yang melayani Ghadafi
"Walaupun usianya tua,Ghadafi kelihatan sihat, segar.. Dia merawat dirinya sendiri dan menjalani pemeriksaan kesihatan secara rutin," kata Balynskaya kepada tabloid Komsomolskaya Pravda Rusia.
Balynskaya tinggal di Libya selama dua tahun dan menafikan menjadi salah seorang wanita kepercayaan, yang dekat dengan Ghadafi.
Balynskaya juga menafikan khabar angina yang satu dari tujuh anak Khadafy, Khamis, telah terbunuh akibat serangan tentea bersekutu. "Dia masih hidup dan sihat," katanya.
Balynskaya menceritakan satu kisah semasa lawatan ke New York bersama Ghadafi yang biasa dipanggil Papa olehnya.
Ketika itu,Ghadafi digambarkan oleh Balynskaya sebagai seorang romantik , caring , penuh perhatian dan sangat pemurah. Beliau selalu memberi wang yang banyak kepada perawatnya untuk berbelanja.
"Pada setiap 1 September, tarikh 'Papa' memperingati sejarah pemerintahannya, kami diberikan jam emas dari Itali dengan gambar Papa di dalamnya. Pekerja yang telah bekerja dengannya selama 6 atau 8 tahun telah mendapat seluruh koleksinya," kata Balynskaya.
Balynskaya mengaku dan kesal kerana tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepada Papa. "Papa sedang sibuk dengan urusan lain," katanya.

‘Royal King’ - This Is What Women Really Want !!
ReplyDeleteKLIK HERE !!