Thursday, April 7, 2011

DS Anwar sudah beri keterangan

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan antara 35 orang yang sudah dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung siasatan rakaman video seks melibatkan pelaku yang didakwa mirip seorang pemimpin pembangkang. Beberapa kakitangan Carcosa Seri Negara turut dipanggil memberi keterangan berhubung rakaman tersebut. Demikian kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani. 

Individu lain yang sudah diambil keterangan mereka ialah trio Datuk T iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim yang mengaku mendedahkan video itu kepada sekumpulan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara.

Kata Datuk Acryl , keterangan yang diambil daripada Anwar setakat ini adalah 'memadai'. Sekiranya tidak lengkap kami akan panggil beliau (Anwar) sekali lagi

Siasatan ini dijalankan berikutan laporan polis DS Anwar terhadap video fitnah tersebut.

2 comments:

  1. biarlah masa yg menentukannya...allah lebih mengetahui siapa yg benar atau salah..sori..mama tak pandai tentang politik

    ReplyDelete
  2. betul mama.doa biar Allah beri petunjuk

    ReplyDelete