Nazri Aziz kata isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘bukan pakar’ untuk mengenali susuk tubuh DS Anwar. Kenyataan apa ni? Ada ke perempuan dalam dunia ni tak cam tubuh suaminya. Kalau isteri tu buta patut lah. Ini Dr Wan Azizah, seorang yang pintar. Pemimpin masyarakat pulak tu. Lain kali kalau nak keluar kenyataan kena fikir 100 kali supaya tak kena kutuk. Apa lagi kalau kita seorang menteri.
Orang yang keluar kenyataan begini memang seorang yang sangat-sangat tidak cerdik. Seorang anak pun akan kenal bentuk badan ayahnya, inikan pula seorang isteri yang hidup bersama, makan bersama, mandi bersama. Apa rahhh.
Datuk Seri Dr Wan Azizah menafikan bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video berkenaan dan menimbulkan kemungkinan ia didalangi oleh BN.
Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak yang juga Adun Titi Serong juga telah menempelak tindakan Nazri sebagai tidak bertanggungjawab kerana dengan mudah mengenepikan hujah isteri Anwar berhubung penafian tersebut. Kenyataan itu tidak boleh diterima langsung dan ini merupakan satu lagi hujah untuk melindungi individu tertentu yang merancang video fitnah tersebut. Kata beliau “Umno BN terdesak untuk menang di Sarawak, itulah isu dan topik sebenarnya.”
Kata Drs Idham Lim lagi “Beri undi kepada Pakatan Rakyat adalah tindakan bijak bagi menyelamatkan Malaysia dari terus ditadbir oleh BN yang tidak putus-putus menyusahkan rakyat dengan kenaikan harga minyak serta barang dan merosakkan masa depan negara yang tercinta ini,”
Ada faham?
No comments:
Post a Comment