Wednesday, April 6, 2011

Kematian Pegawai Kastam:Polis siasat sebagai mati mengejut

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata siasatan awal Unit Patologi Forensik mendapati Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan SPRM di Wilayah Persekutuan, di Jalan Kochrane , mengalami kecederaan di kepala. Polis siasat sebagai mati mengejut.

"Polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.42 pagi dan sebuah kereta peronda polis tiba di bangunan SPRM itu pada 10.49 pagi sebelum anggota berkenaan memaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis daerah Cheras," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata motosikal milik Ahmad Sarbani, Modenas Kris dengan nombor pendaftaran WGG8543 dan sebuah topi keledar ditemui di tempat letak kenderaan.

Zulkifli berkata satu pasukan khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ditubuhkan bagi menyiasat kes itu.

sarbani
Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini “ punca kejadian itu akan disiasat, tapi operasi perlu diteruskan . Kami tidak mahu kerajaan terus kehilangan wang duti”.

Rakyat Malaysia boleh percaya ke beliau mati mengejut. Dia bukan bacul. Bukan tak dak iman.
Cepat juga polis buat siasatan.Polis Mesia katakan.

No comments:

Post a Comment