Monday, April 11, 2011

juruterbang helikopter terhempas meninggal dunia

 SIBU: Juruterbang, Sahimi Ghazali yang membawa helikopter yang terhempas di Sibu pada tengah hari Isnin 11 Mac disahkan meninggal dunia. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 8.30 malam tadi.

Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu. Allahyarham telah menurunkan tiga penumpang termasuk Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pelajaran Hafiz Abdul Halim, di Dataran Sibu pada jam 1.50 tengah hari, Isnin di Sibu townsquare. Selepas itu helikopter hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan. Helikopter itu jatuh terhempas kira-kira 10 kaki tinggi dalam keadaan hujan lebat.

Juruterbang itu segera dibawa ke Hospital Sibu untuk rawatan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin segera berkejar ke hospital untuk menziarahi Sahimi sebaik sahaja mendapat berita   kemalangan tersebut.

Sahimi telah ditugaskan membawa staf pejabat menteri dalam lawatan ke Sibu

No comments:

Post a Comment