Dulu masa kempen pilihanraya umum ramai guru-guru dikerah oleh jabatan pelajaran untuk hadir dalam perjumpaan dengan perdana menteri. Zaman Che Det dan era Pak Lah sama saja, guru-guru kena kerah berhimpun di dewan semata-mata dihidangkan ucapan politik.
Guru-guru dinasihatkan jangan berpolitik. Jangan sokong pembangkang. Ini dah jadi tradisi UMNO untuk menghimpun para pendidik menghadiri majlis politik.
Satu sekolah kena hantar wakil guru ke perhimpunan mengikut kota. Sekolah besar ramai guru kena pergi. Disitu kena daftar nama bagi mengesan guru yang ponteng.
Guru-guru amat marah bila diperbodoh begini, sebab itu ramai guru yang anti UMNO. Guru tidak anti kerajaan tapi benci UMNO.
Pada Isnin 11 April giliran guru-guru Sibu pula kena pi dengan ucapan timbalan pengerusi BN. Kira-kira 400 guru yang mengikuti satu program untuk pendidik di Sibu pada Isnin terpaksa meluang masa mendengar ucapan Timbalan Presiden UMNO.
Selepas ini, kata Muhyiddin, pembangkang akan mendakwa BN berkempen melalui guru-guru, tetapi tegasnya, ianya bukan hanya satu peringatan lembut, tetapi juga peringatan yang penting.
Sambil mengkritik kempen Pakatan Rakyat untuk membawa perubahan, Muhyiddin berkata, rancangan pembangunan mungkin terjejas jika berlaku perubahan tersebut.
Menurutnya, rancangan pembangunan akan terjejas jika berlaku gangguan atau perubahan mengikut cara pembangkang.
Beliau mengumpamakan kempen pembangkang untuk perubahan itu umpama 'tikus membaiki labu' - satu pepatah Melayu yang bermaksud tindakan yang akan memburukkan lagi keadaan.Malaysiakini

No comments:
Post a Comment