Saturday, April 16, 2011

keputusan terkini pilihanraya negeri Sarawak

Dari malaysiakini: LAPORAN LANGSUNG KEPUTUSAN

Terkini : BN - 40, Pakatan - 15

Analisis: SUPP ditolak sepenuhnya di Kuching. Batu Kawah dimenangi dengan sokongan pengundi bumiputera, yang menunjukkan DAP tidak bergantung sepenuhnya kepada pengundi Cina untuk menang.

8.25pm Sehingga ini BN memenangi 21 kerusi - PBB (14), SUPP (3), SPDP (1) dan PRS (3).

8.23pm: DAP dan PKR memenangi kesemua lima kerusi di Kuching.

Pakatan pula menang tujuh kerusi setakat ini - DAP (4) dan PKR (3). Buat masa ini, DAP dan PKR masing-masing mendahului kiraan undi di 11 kerusi lagi.

8.20pm Analisis: Paling banyak kerusi yang boleh dimenangi Pakatan Rakyat ialah 18 (12 DAP, 6 PKR). tetapi berdasarkan perkembangan semasa, jumlahnya dijangka 15 (12 DAP, 3 PKR)

8.16pm: Keputusan rasmi

N031: LAYAR: SARAWAK: 8,109

1. Joe ak Unggang (SNAP)...........................183
2. Stanny Embat Dharoh ak Laja (PKR).............1,787
3. Ngumbang @ Kibak ak Datu (Bebas)................170
4. TAN SRI DR ALFRED JABU AK NUMPANG (BN-PBB)....3,703

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,934
Peratus/Percentage...............................73.71%
Undi rosak/Spoilt votes.............................91
Majoriti/Majority................................1,916

Penyandang/Incumbent: Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 3,767
Majoriti/Majority: 2,677

No comments:

Post a Comment