Tahniah pada Pakatan Rakyat kerana berjaya menambah kerusi di DUN Sarawak. Itu cukup memadai.
Tahniah dan terima kasih kepada bloger-bloger pakatan yang bertungkus lumus, siang malam berkempen secara online, cara perang saraf, dan bermacam-macam cara lagi.
Terima kasih yang tak terhingga kepada bloger-bloger yang berjuang hingga ke Sarawak. Penat lelah tuan-tuan setakat ini bukan boleh dinilai dengan wang ringgit. Pengorbanan tuan-tuan sangat besar.Boleh menambah banyak kerusi buat masa ini sudah memadai. Tugas kita akan diteruskan lima tahun lagi, dengan janji merebut lebih banyak kerusi. Mungkin untuk menafikan majoriti dua pertiga. Segalanya mungkin kalau pilihanraya itu telus mulus.
Ok kita akan berblog untuk PRU 13 pula. Selamat maju jaya.
Kerajaan Barisan Nasional Sarawak telah mengumumkan pembentukkan kerajaan. Tahniah jugak
No comments:
Post a Comment