Saturday, April 2, 2011

Malik Nor Menangis Tidak Henti-Henti

IPOH - Bekas Mr Asia, Malik Nor telah sedar   pada 12.15 tengahari semalam, selepas diberi ubat penenang untuk rawatan jantungnya. Selepas sedar beliau tidak henti-henti menangis. Keadaan ini menjadikan suasana di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai Ipoh (HPI) di sini semalam menjadi pilu.

 Malik  Nor begitu  terharu apabila melihat beliau dikelilingi beberapa orang adik-beradiknya yang datang dari Johor untuk melawat beliau sejak malam kelmarin.

Rasanya ini memang tabie semula jadi manusia. Saya pernah menziarah ramai kawan-kawan dan keluarga  tidak kira yang terlantar sakit di rumah atau   di hospital, mereka menangis apabila nampak kawan-kawan atau adik beradik datang menziarah. Pernah satu ketika dulu saya dan gerombolan menziarahi bekas guru besar kami yang lumpuh akibat stroke. Suasana yang sama terjadi. Beliau menangis sepanjang masa kami berada di rumahnya. 

Yang pastinya kita juga akan mengalami keadaan yang sama apabila kita sakit terlantar di atas katil nanti. Wallahuaklam. Innalillahiwainnailaihirojiunnn.

No comments:

Post a Comment