Saturday, April 2, 2011

Datuk Misbun kembali ke Persatuan Badminton Malaysia

Majlis Persatuan Badminton Malaysia menerima sebulat suara penarikan balik perletakkan jawatan Datuk Misbun Siddik sebagai jurulatih Persatuan Badminton Malaysia.

Datuk Misbun yang tamat kontraknya pada 31 Disember 2010 akan ditawarkan kontrak baru. Dia perlu menerima syarat-syarat baru yang ditetapkan oleh BAM dan beliau menyetujuinya. Namun begitu beliau belum tentu lagi samada akan terus melatih Datuk Lee Chong Wei.

“Kita akan tawarkan kontrak baru kepadanya kerana kontrak lama berakhir 31 Disember lalu. Jadi, beberapa syarat baru akan ditetapkan dan selepas mendapat persetujuan bersama, baru kita akan menandatanganinya. Soal sama ada dia akan terus membimbing Chong Wei dan berapa lama tempoh kontrak baru ini, belum diputuskan kerana ia masih terbuka dan kami perlu berbincang terlebih dulu,” kata Presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh.

BAM mengalu-ngalukan kehadiran semula jurulatih itu. Kata Datuk Nadzmi, ini adalah untuk kepentingan negara.

Datuk Seri Ahmad Shabery Chik, Menteri Belia dan Sukan berasa amat lega dengan berita terbaru itu.

No comments:

Post a Comment