Saturday, April 2, 2011

Sarawak:Pakatan mampu menafikan majoriti dua pertiga

Pakatan Rakyat menghadapi kekangan besar dari segi kewangan dan logistic namun gagasan itu mampu menafikan majoriti dua pertiga terhadap BN pada pilihanraya negeri pada 16 April, kata ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Kata Ku Li, Sarawak tidak lagi boleh di anggap sebagai simpanan tetap BN bagi mengekalkan kuasanya di Putrajaya. (ucapannya di tvs)

Besar kemungkinan sebilangan besar daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara BN dan Pakatan Rakyat.

Tengku Razaleigh berkata unjuran politik semasa menunjukkan BN akan mengekalkan kuasa di Sarawak, namun kemenangan selesa untuk majoriti dua pertiga mungkin sukar dicapai . Ini sama dengan pendapat Tun Daim minggu lalu

Kata beliau lagi Pakatan Rakyat akan menghadapi pelbagai kekangan dalam usaha untuk menamatkan pemerintahan 30 tahun BN di bawah pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Razaleigh berkata dengan menggunaan banyak wang dan logistic, BN seperti pada masa-masa lalu mampu mendapat kemenangan mutlak untuk meraih sokongan pengundi yang bertaburan merentasi sebuah negeri yang saiznya hampir sama dengan Semenanjung Malaysia.

Pada pendapatnya , BN dijangka membolot segala kemudahan pengangkutan yang ada di Sarawak untuk memberi tekanan kepada Pakatan Rakyat.

Perjalanan ke seluruh Sarawak kena naik bot dan kapal terbang. Kalau semua bot dan kapal terbang orang dah sewa, macam mana nak berkempen. Dan kalau semua minyak sudah dipajak atau dibeli di stesen minyak, nak bergerak pun susah. Saya rasa kalau keadaan seperti ini berlaku, sukar bagi mereka menghadapi BN di Sarawak," Tambah Razaleigh lagi.

Pakatan Rakyat mengharapkan sentimen pengundi bagi menolak kepemimpinan Taib yang diselubungi dengan dakwaan-dakwaan rasuah dan salah guna kuasa, merampas tanah adat Orang Asal dan kemiskinan luar bandar sebagai pemangkin untuk membuat kejutan pada pilihanraya negeri kali ini.
Kata Ku Li, andai Pakatan berjaya menafikan majoriti dua pertiga kepada BN Sarawak , ia membawa implikasi tersendiri kepada kelangsungan gabungan itu di peringkat kerusi Parlimen. Ia mempunyai impak besar kepada kedudukan Parliman dan Kerajaan Pusat.

BN kini menguasai 62 daripada 71 kerusi DUN Sarawak dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) pimpinan Taib memegang 35 kerusi, manakala Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mempunyai 12 kerusi dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan SPDP (Parti Demokratik Progresif Sarawak) memegang lapan kerusi. Sementara Pakatan hanya mendapat tujuh kerusi.

Tengku Razaleigh menjangka jika Pakatan Rakyat berjaya menafikan BN majoriti dua pertiga di Sarawak, ia akan memberi kesan kepada sentimen pengundi di Sabah.
rumah panjang di Sarawak masih didiami
Negeri Sabah dan Sarawak sama saja menghadapi masalah kemiskinan kronik, di samping pimpinan kerajaan negeri diselubungi dakwaan-dakwaan membolot kekayaan balak dan sumber asli negeri






No comments:

Post a Comment