Saturday, April 9, 2011

Penduduk Sebuyau kecewa dua tahun tak ada masjid

BATANG LUPAR : Masjid lama di Pekan Sebuyau telah runtuh dua tahun dulu. Hingga kini permintaan untuk menggantikan masjid baru belum ditunaikan oleh umno. Inilah rungutan penduduk pecan kecil ini.

Seorang penduduk kampung, yang hanya mahu dikenali sebagai Muiz berkata, beliau bersama penduduk kampung telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada tahun sama(2009)namun sehingga kini tiada sebarang tindakan.

"Kita kumpul lebih 500 tandatangan, kita serah bersama surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu dia datang untuk satu majlis ke Sarawak," katanya.

Surat tersebut, ujarnya dibuat selepas dicadangkan Mufti Sarawak sendiri selepas satu perbincangan diadakan di sini.

Untuk menunaikan solat Jumaat , masyarakat Islam di sini terpaksa bersesak menumpang sebuah surau kecil, Surau Darul Kurnia di Jalan Sawmill, di sini yang jaraknya 10 kilometer.

Surau yang hanya mampu memuatkan 150 orang itu terpaksa dikongsi lebih 700 orang jemaah di sini. Ini sangat sesak. Apalagi surau ini hanya ada satu pili air sahaja dan dua buah kolah kecil untuk mengambil wuduk.
Penduduk sekitar juga bergilir menggunakan pili air ini untuk mendapatkan air bersih bagi keperluan harian mereka.

Bagaimanapun kata Muiz, harapan mereka untuk mendapatkan masjid baru kini hampir mustahil, apabila tanah tapak bekas masjid lama kini telah diguna untuk membina laluan ke pekan Sebuyau.

haiyaiyaiyai .Apa raa umno

No comments:

Post a Comment