Saturday, April 9, 2011

Seekor Rusa Menjaga Sarang Angsa


Inilah kisah rusa yang sentiasa menjaga seekor   angsa di sarangnya
NEW YORK  – Selama beberapa hari seekor rusa telah menjaga seekor angsa betina yang sedang mengeram telur di sebuah kompleks pemakaman di New York.
Seekor angsa betina Kanada sedang mengeram telurnya di satu tempat abu mayat di perkuburan Forest Lawn, tempat dimakamkannya presiden Millard Fillmore dan ikon musik rock Rick James. Manakala rusa jantan itu berdiri selama sekitar empat hari berjaga-jaga dan mengawasi angsa betina tersebut berdekatan sarangnya. 
Rusa tersebut yang baru mulai tumbuh tanduk kelihatan seperti seekor rusa jantan, tidak pernah meninggalkan posnya. "Ketika seorang pegawai mendekati angsa tersebut dengan membawa jaring, rusa jantan tersebut menempatkan dirinya di antara pegawai dan angsa tersebut, seolah-olah menghalang dan haiwan itu mengulangi perbuatannya beberapa kali," kata Joel Thomas, pentadbir mergastua di situ.
Rusa tersebut, sentiasa mengawasi dan melindungi angsa tersebut dari setiap kenderaan atau pejalan kaki yang mendekati sarang angsa itu.
Tekateki mengapa rusa itu berbuat demikian sukar dijawab kerana mereka adalah dari spesis belainan. Biasanya angsa kanada mengambil masa selama 31 hari untuk menetas.
"Jika rusa itu bertekad untuk  melakukan tugas tersebut, sekurang-kurangnya mengambil masa selama tiga minggu. Kasih sayang yang mendalam, dan nampaknya bukan kerana emosi menjadi penggerak rusa jantan itu. Rusa tersebut dan angsa itu bukan pasangan kekasih dan tidak saling jatuh cinta . Tidak pasti samada rusa itu akan pergi setelah angsa itu menetaskan anak.” Kata Thomas.

No comments:

Post a Comment