NEW YORK – Selepas tsunami berlaku pada 11 Mac lalu sejumlah besar serpihan termasuk rumah, kereta, kapal, traktor, treler dan kereta kini dihanyutkan ombak laut ke arah pantai barat Amerika Syarikat (AS) Menurut laporan berita stesen televisyen ABC, anggota-anggota Tentera Laut Armada Ketujuh AS mengesan serpihan itu yang terapung sekali gus menjadi ancaman kepada kapal.
Serpihan itu dijangka tiba dekat dengan pantai barat AS dalam masa tiga tahun, dan kemudian bergerak ke arah Hawaii dan berpusing semula ke arah Asia.
Putaran serpihan itu dikenali sebagai lingkaran Asia Pasifik.
Serpihan-serpihan itu menimbulkan kebimbangan mengenai pencemaran di laut kerana kebanyakannya adalah plastic yang tidak mesra alam, juga boleh mengancam kehidupan laut seperti penyu juga marin yang menggunakan laluan sama ke California dari Jepun.

No comments:
Post a Comment