NEW YORK, — Keajaiban terjadi lagi dengan kehendak Allah. Pesawat Bangsa-Bangsa Bersatu, Jet CRJ 100 yang terhempas di Lapangan Terbang Kinsasha, ibu kota Republik Demokratik Kongo, Isnin 4 April mengorbankan 32 orang dari 33 semuanya. Seorang selamat. Subhanallah.
Sekarang kami dapat maklumat yang pasti hanya seorang selamat dari seluruh 33 orang dalam pesawat MONUSCO yang jatuh hari ini," demikian pengumuman Wakil jurucakap PBB, Farhan Haq, melalui pembesar suara di ruang wartawan di pejabat besar PBB, New York. Nama mangsa dan dari negara mana belum diketahui.
MONUSCO adalam nama misi penjagaan perdamaian PBB untuk Republik Kongo. Pusat media PBB serta media massa melaporkan, pesawat tersebut terhempas dan terbakar dalam cubaan mendarat di bandar udara utama di Lapangan Terbang Kinsasha, N’Djili, yang ketika itu hujan lebat. Pesawat itu dari Bandar Kisangani menuju ke Kinshasha.
Monusco digunakan oleh PBB dalam usaha membantu Kongo mengakhiri perang saudara sejak 1999. Pasukan keamanan PBB dianggotai 22,000 orang dari pelbagai Negara. Mandat Monusco akan berakhir 30 Jun 2011.

No comments:
Post a Comment