Kangar : Mohd. Zamri Shafie, 40, bapa angkat kepada murid Saiful Syazani Saiful Sopfidee,7 berkata,ustaz yang memukul anaknya datang menemuinya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Jumaat lalu bagi meminta maaf dan menyatakan kekesalan kerana memukul Saiful.
Ustaz yang juga penyelia asrama sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Jejawi, Arau memukul dan mendera kanak-kanak itu sehingga koma dan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah.
Ustaz berusia 27 tahun itu mengakui gagal mengawal perasaan sehingga hilang pertimbangan ketika menyoal siasat anak yatim itu berhubung satu kes kecurian di sekolah tersebut.
"Dia tidak sedar ketika memukul Saiful sehingga menyebabkan anak angkat saya cedera parah dan lebih malang meninggal dunia." Kata Mohd Zamri. "Walau pun sedih dan terkilan saya menerima permohonan maaf ustaz itu kerana dia seorang yang baik." sambungnya
No comments:
Post a Comment