Hampir 10,000 orang menghadiri ceramah Pakatan Rakyat di Batu Kawa di sini malam tadi. Ceramah diadakan kawasan lapang di Batu Kawa Bridge.
Para penceramah Pakatan Rakyat terdiri dari Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, membuatkan jalan menuju ke bandar Kuching sesak hampir 5 kilometer. Ini sambutan yang luar biasa.
Kebanyakan yang datang terdiri dari masyarakat tempatan. Mereka terpaksa meletakkan kenderaan jauh kerana jalan begitu sesak dan berjalan kaki menuju ke tempat ceramah.
Pandangan begini tak pernah terjadi sebelum ini. Kata penduduk di situ, suasana di sini lebih hebat dari konsert rock.
Sangat menakjubkan.
Mereka sanggup berjalan jauh semata-mata mahu mendengar ada perubahan dari PR. Kata mereka, rakyat sudah jemu dengan BN terutama Taib Mahmud yang dianggap sudah melampau. Mereka mahu perubahan.
UCAPAN TG NIK AZIZ
"Pilihlah pemimpin yang amanah yang tidak mengkhianati rakyat, yang tidak melakukan kemungkaran di bumi Allah."
Tuan Guru menunjuk bukti bagaimana negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat mempamerkan pentadbiran yang baik, tulus dan cemerlang.
Contohnya Kelantan, yang diperintah melebihi 20 tahun dengan menerapkan nilai agama Islam.
"Pilihan raya ini tempat kita nak pilih pemimpin yang baik dan amanah.”
"Persahabatan antara PAS , DAP dan PKR adalah satu perjanjian untuk menjaga rakyat dengan lebih baik."
"Jadi pilih calon Pakatan Rakyat. Kalau calon DAP bertanding, pangkah DAP, kalau PKR tanding, pangkah PKR, kalau PAS tanding pakah PAS,"kata Tuan Guru.
Ucapan Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang ketika berucap, turut menyeru rakyat supaya memilih Christina Chew iaitu calon DAP yang boleh menangkap 'buaya dua kaki' yang sering memakan harta rakyat negeri ini.
"Di Sarawak ada banyak sungai, dalam sungai ada banyak buaya, bukan buaya 4 kaki, tapi buaya dua kaki.” katanya
"Kalau 4 kaki takpa, kita boleh tembak saja tapi ini buaya dua kaki, kita kena undi Christina untuk ajar itu buaya dua kaki,"katanya yang juga setiausaha DAP.
Lim Guan Eng menyeru rakyat supaya jangan lagi tertipu dengan Taib Mahmud yang mahu jadikan Sarawak negeri terkaya. Berilah mandat kepada Pakatan Rakyat
"Nak jadi kaya mesti zero corruption, kalau tidak, you zero income",tegasnya.
Beliau turut mengajak hadirin menukar rangkap lagu 'I want nobody nobody but you' nyanyian Wonder Girls kepada 'No money no money for you' untuk ditujukan kepada Taib Mahmud.
Ucapan DS Anwar
Ketua umum PKR pula membidas kehadiran Datuk Seri Najib Razak berkempen sendiri di Sarawak.
Sejarah membuktikan yang BN terlalu takut dengan kuasa rakyat yang kini sudah tidak boleh menerima lagi Taib Mahmud.
Sebab itu beliau menyifatkan kehadiran Najib adalah untuk selamatkan Taib.

No comments:
Post a Comment