Sunday, April 17, 2011

Remaja Tertinggi Di Dunia

Remaja tertinggi di dunia bersama lelaki terendah di dunia
 Malee Duangdee, 18, and 2.12 metres tall, takes a photo with Khagendra Thapa Magar, 19, from Nepal who, at about 62cm (2.2 feet) tall, is one of the shortest persons in the world. Mr Magar joined Ripley's Believe It or Not! museum's activities in Pattaya to help raise funds to pay for medication for Miss Malee. Miss Malee requires growth control injections which cost 95,000 baht a month. 

THAILAND : Malee Duangdee kini berusia 19 tahun yang tingginya 2.12 meter dan mempunyai berat badan 130 kilogram dicatatkan sebagai remaja tertinggi di dunia. Kini dia makin membesar.
Dia sedar yang dia berbeza dengan kanak-kanak seusianya sejak muda lagi. Ketinggiannya meningkat begitu pantas berbanding rakan sekolahnya.

Ketika Malee berusia sembilan tahun, ibunya, Ji, 40, membawanya berjumpa doktor kerana menyedari perbezaan anaknya dengan rakannya sangat ketara. Ibunya mahu tahu apakah puncanya dan adakah itu membahayakan.

Doktor menemui ketumbuhan dalam otak yang menindih satu saraf yang mengganggu keseimbangan hormon dan menyebabkan ketinggiannya tidak akan terhenti. Kini, Malee memerlukan suntikan yang menelan belanja kira-kira 95,000 bath sebulan untuk mengawal pertumbuhannya.

Kes ini sama dengan penyakit yang menimpa wanita tertinggi di dunia sebelum ini yang berasal dari Cina.

Semasa di sekolah dia selalu dibuli kerana keadaannya yang berbeza dengan budak  lain.

Katanya , “ Saya seperti seorang yang tidak siuman. Budak sekolah membuli dan mengejek saya. Namun, sejak berhenti sekolah, saya cuba menyesuaikan diri dengan keadaan saya. Saya terpaksa menjalani kehidupan sendiri tetapi ia sangat sukar,” kata Malee.

Akibat ketumbuhan itu, penglihatan Malee terjejas. “Sejak kecil lagi saya dapat rasakan saya terlalu tinggi dan memakan ubat menjadi sebahagian daripada kegiatan harian saya. Namun, apabila semakin dewasa, penglihatan saya bertambah kabur. Begitu sukar untuk saya ke mana-mana.” Ibunya berkata dia dan suaminya melakukan yang terbaik untuk Malee tetapi berdepan masalah kewangan.

“Suntikan itu berjaya mengawal pertumbuhannya tetapi ia sangat mahal. Malee sepatutnya disuntik setiap tiga hingga enam bulan tetapi kami sentiasa tidak dapat membiayainya,” kata Ji.

Keadaan Malee kelihatan terkawal ketika ini dan sejak meninggalkan sekolah, kehidupannya menjadi lebih tenteram.

“Di sekolah, semua pelajar mengejek saya. Ada satu yang saya tidak faham dan tidak dapat terima ialah ‘Malee pengotor’. Mereka sentiasa menyakitkan hati saya. Ia membuat saya sedih.

“Saya begitu terdesak untuk mendapatkan kawan untuk bermain. Mujur ada guru yang baik dan sentiasa cuba membantu. Kini, saya tidak ada hubungan dengan budak-budak itu.” Kebanyakan masanya kini dihabiskan dengan keluarganya, terutama adiknya, Daoruang yang berusia tiga tahun.

“Saya membantu ibu di sekeliling rumah dan memasak. Tak banyak kerja yang saya lakukan. Saya tidak mempunyai teman lelaki. Saya berasakan perkahwinan adalah sesuatu yang mustahil bagi orang seperti saya. Saya terlalu berbeza.

“Bapa saya bimbang dengan keadaan saya. Dia tidak mengizinkan saya ke mana-mana bersendirian kerana kadangkala saya memerlukan bantuan untuk berdiri. Saya agak berat tetapi seperti gadis seusia saya yang lain, saya suka disayangi dan tinggal bersendirian, membina kehidupan sendiri dan bergembira. Tidak ada siapa tahu apa akan berlaku pada masa depan.” Malee secara rasmi dinobatkan sebagai gadis paling tinggi di dunia dalam Buku Rekod Guinness pada 2009, mengatasi Elisany Silva dari Brazil. Ketinggian Elisany hanya 205.74 sentimeter.

3 comments: