Thursday, April 28, 2011

Setelah berkahwin dengan William, Kate terpaksa hindari 10 perkara

Kate Middleton dianggap sebagai wakil perempuan moden, sebagai anggota kerajaan beliau wajib mematuhi beberapa peraturan dan etika yang dianggap ketinggalan zaman. 29 April ini di gereja   Westminster Abbey adalah permulaanya.

Kate harus mengorbankan untuk 10 perkara berikut:

1.Panggilan "Kate"
Apabila memasuki House of Windsor nanti, gelaran rasminya adalah Her Royal Highness the Princess William of Wales. Ia boleh saja minta dipanggil dengan nama "Catherine" atau "Ma'am" (dibaca seperti kata ham), namun "Kate" tidak akan memenuhi standard kerajaan.

2. Ikut pemilu
Secara teknik, Ratu Endland  dan anggota keluarganya yang lain diizinkan untuk memilih, tetapi mereka tidak melakukannya karena ia dianggap tidak  rasmi.

3. Mencalonkan diri dalam politik
Hal ini juga tidak dibenarkan.

4. Bebas dari perhatian
Selama ini keluarga kerajaan telah menjadi sumber hiburan yang tak terbatas bagi masyarakat Inggeris. Kate patut menjaga nama baik keluarga diraja. Jauhi gossip. Kena berusaha menaikan darjat sosialnya.

5. Bermain monopoli
Entah serius atau tidak, pada 2008 Putera Andrew, Duke of York, mengatakan bahawa keluarga kerajaan tidak diizinkan bermain monopoli di rumah. Sebab, permainan itu boleh menimbulkan sifat benci dan cemburu.

6. Mengelak kontroversi
Sarah Ferguson, bekas isteri Putera Andrew, dinilai sangat kontroversi . Fergie pernah ditangkap sedang bermesra dengan John Bryan, penasihat kewangannya. Kate selama ini diketahui pandai membawa diri. Sebelum bertunangan dengan William beliau sudah dilatih berulang kali oleh kerajaan.

7. Makan kerang-kerangan
Tukang masak kerajaan tidak pernah menyajikan hidangan kerang-kerangan, karena bimbang terjadi keracunan makanan. Jadi jika Kate teringin hidangan laut ini, beliau kena mencarinya sendiri.

8. Bekerja
Beliau tidak boleh berkerjaya.

9. Menandatangani apapun yang tidak resmi
Jika William menjadi raja suatu saat nanti, Katetidak dibenarkan menandatangani dokumen-dokumen pemerintah, dan membuat undang-undang berlaku di tempat suaminya. Sebab dibimbangi nanti tandatangannya dipalsukan

10. Menghabiskan makan malamnya
Di Endland, ada peraturan dimana anggota keluarga kerajaan harus berhenti makan jika Ratu sudah berhenti bersantap.


No comments:

Post a Comment