Thursday, April 28, 2011

KD mohon maaf

JAKARTA: Menyedari dia hamil anak luar nikah, Krisdayanti (KD) dikatakan memohon maaf kepada peminat dan rakyat Indonesia.

 KD menyatakan alasan kenapa dia memberitahu kehamilannya itu kepada umum melalui kakaknya, Yuni Shara,

Minggu lalu  KD yakni isteri kepada   ahli perniagaan   Timor Leste, Raul Lemos mengaku   hamil empat bulan, padahal baru berkahwin bulan lalu.

Menurut Yuni, adiknya itu enggan dicap negatif.

“Dia juga tidak mahu tertekan dengan menyembunyikan kehamilannya daripada masyarakat, lebih-lebih lagi katanya, dia dikenali ramai dan sudah pasti akan menjadi tumpuan setiap masa. “Dia tidak mahu sembunyi dan dikecam. Orang ramai akan tahu juga akhirnya. “Dia harap masalah yang ditanggungnya dapat difahami semua pihak,” kata Yuni kepada wartawan di Jakarta, semalam.

Menurutnya, KD tidak mahu meniru selebriti lain yang menyembunyikan kehamilan luar nikah mereka.

“Begitu ramai pasangan selebiriti baru menikah tetapi melahirkan anak selepas beberapa bulan saja,” ujar Yuni.

Yuni menyangka  KD semakin gemuk kerana banyak makan sebelum ini. “Saya melihat gambarnya bercuti selepas berkahwin.  tetapi tak sangka dia gemuk kerana hamil,” katanya.

No comments:

Post a Comment