Sunday, April 3, 2011

Tayang video sex di Parlimen: Karpal

Karpal Singh menyeru pihak berkuasa menayangkan video seks Carcosa di Parlimen kerana ia mempunyai imuniti untuk melindungi ahli parlimen daripada sebarang liabiliti jenayah.

Karpal Singh berkata, jika mendedahkan video itu untuk tatapan umum merupakan kesalahan mengikut Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Tetapi jika ditayangkan di dalam Parlimen akan memberi imuniti kepada ahli parlimen daripada sebarang liabiliti jenayah atau lain-lainnya.

Karpal berkata, ia pernah dilakukan pada 1992 berhubung video seks DP Vijandran.

No comments:

Post a Comment